ThermalTake Melancarkan Casing View 21 TG RGB Plus dan View 71 TG RGB Plus

ThermalTake View 21 TG RGB casing jenis Mid Tower dan View 71 yang jenis Full Tower di pasaran sekarang, kedua-dua casing ini adalah produk di dalam TT RGB Plus Ecosystem. TT RGB Plus Ecosystem ni adalah sistem dari ThermalTake untuk mengawal lampu di komputer dengan menggunakan perisian TT RGB Plus.

Casing View 21 TG RGB Plus ada 3 pasang kipas Pure Plus 12 yang berukuran 120mm di bahagian depan, dan satu Pure Plus 12 RGB di belakang. Ia ada juga penutup PSU yang merangkumi kawasan bawah casing dari depan sampai belakang. Casing ini bagus untuk mengendalikan kabel PSU, dan cukup ruang untuk CPU cooler yang setinggi 160mm dan dapat muat lagi kad grafik sepanjang 410mm. View 71 TG RGB Plus sedia pasang dengan konfigurasi kipas macam View 21 tapi yang berbezanya ia jenis Full Tower (tinggi sikit) dan ada 4 keping kaca sebagai permukaan.

– Laman web : View 21
– Laman web : View 71

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*