MasterFan MF120R & MF140R Addressable RGB Baru dari Cooler Master

Hari ini Cooler Master melancarkan kipas terbaru mereka iaitu MasterFan MF120R dan MF120R yang ada Addressable RGB. MasterFan terbaru ini ada juga pakej 3-in-1 di mana ia ada alat kawalan yang boleh digunakan untuk tukar preset.

Dengan menggunakan motherboard yang sesuai, MasterFan ini boleh juga dikawal dengan menggunakan peranti MasterPlus+.

Rekaan bilah kipas MF120R dan MF140R diilhamkan oleh enjin jet dan helikopter, hasil rekaan ini adalah set kipas dapat menjanakan tekanan static yang memuaskan tanpa mengabaikan aliran udara.

MasterFan kini ada di Malaysia dengan harga berikut
– MasterFan MF120R ARGB 3in1 : RM 219
– MasterFan MF120R ARGB : RM 65
– MasterFan MF140R ARGB : RM 69

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*