Fractal Design Melancarkan Define S2

Define S2 adalah rekaan terbaru yang telah meningkatkan lagi prestasi rekaan rintangan-kosong (zero-obstruction) untuk komputer yang senyap tapi berprestasi tinggi.

Rangka S2 ini dapat lebih aliran udara dan kapasiti water cooling dengan adanya jumlah 9 tempat untuk pemasangan kipas, and ia juga ada 15% lebih kawasan pengambilan udara berbanding dengan yang generasi lepas.

Radiator sebesar 420mm dapat dipasang di kawasan atas, dan radiator sebesar 360mm dapat dipasang di kawasan hadapan, dan akhirnya radiator sebesar 280mm dapat dipasang di kawasan bawah.

Selain itu, Define S2 ada juga USB 3.1 Gen 2 Type-C, 3 unit kipas Dynamic X2, penutup PSU, dan dapat juga digunakan dengan pemasangan PSU secara menegak.

Kaca di tepi Define S2 boleh dipasang tanpa penggunaan skru, dan ModuVent Technology dapat mengurangkan bunyi getaran dari komponen komputer.

Setakat ini tak ada lagi harga MYR tapi harga USD adalah 150, namun anggaran harga MYR adalah lebih kurang RM 650.

Laman produk – http://www.fractal-design.com/home/product/cases/define-series/define-s2-black-tg

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*