Cooler Master MasterCase H500 Dilancarkan – Harga RM 399

Cooler Master telah melancarkan casing terbaru mereka iaitu MasterCase H500, ini adalah satu tambahan dalam keluarga produk H-series. Dua panel hadapan untuk H500 yang berjenis mesh dan lutsinar ikut termasuk dalam pakej.

H500 ini adalah yang terbaru, casing lain yang sekarang di pasaran ada juga H500M dan H500P. Berbanding dengan casing-casing H-series yang lain, model H500 ini kurang rumit dari segi modularity walaupun ciri-ciri H-series dikekalkan.

Kipas RGB 200mm yang datang sama sekali dengan casing H500 boleh dikawal dengan controller than juga dilengkapi dalam casing. Ruang atas casing H500 juga boleh dipasang lagi kipas sebesar 200mm.

– panel depan “mesh” dan “transparent” – satu untuk aliran udara, yang satu lagi untuk kecantikan casing.
– 2x kipas RGB 200mm dan controller
– radiator sepanjang 360mm dapat dimuatkan di ruang depan dan radiator juga dapat dipasang di ruang atas.
– tinted glass untuk penutup tepi

MasterCase H500 kini dipasaran dengan harga RM 399.

Laman Web : http://www.coolermaster.com/case/mid-tower/mastercase-h500/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*